REFLEKSI DIRI
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pertama sekali, terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya
merupakan pelajar Kolej Matrikulasi Perlis generasi ke-17. Titipan penghargaan
terhadap Allah tuhan sekalian alam atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada
hambanya yang kerdil ini. Berserah kepadanya atas segala takdir yang
dikehendakkan kepada isi alam seluruhnya. Selawat dan salam kepada junjungan
besar nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat serta para tabi'in. Saya tuntunkan
ucapan Alhamdulilah kepada Allah kerana dengan rahmat dan nikmatnya saya dapat
menyiapkan blog ini dengan jayanya. Melalui peluang keemasan ini, saya ALIA Farhana
Binti Amir Shaffuddin ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada guru bimbingan saya juga merangkap guru dinamika iaitu Puan
Noorlida Bt Mohamad Arif kerana telah banyak memberi tunjuk ajar sehingga saya dapat menyiapkan
tugasan yang diberikan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang tidak
jemu dan sudi memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Tugasan
ini juga telah menjadi salah satu proses pengalaman dalam mematangkan lagi diri
saya untuk bersedia dan sentiasa yakin dalam menghadapi onak kehidupan yang
penuh dengan cabaran di luar sana nanti. Selain itu, saya juga dapat inpirasi
baru serta titik permulaan baru dalam menjadi seorang insan yang berjaya di
dunia dan di akhirat. Semoga tugasan seperti ini akan terus dijalankan untuk
masa akan datang untuk memantapkan dan meningkatkan lagi pengetahuan,keunggulan
sahsiah diri serta keyakinan yang jitu.
Pada perjumpaan pertama kelas dinamika semester kedua ini, guru dinamika
saya iaitu Puan Noorlida Binti Mohamad Arif telah memberi sedikit penerangan
tentang subjek dinamika yang kami akan pelajari dalam semester kedua ini.
Kemudian, kelas diteruskan dengan sesi pengenalan diri masing-masing secara
ringkas. Tugasan pertama yang diberikan kepada kami ialah untuk menyiapkan
video pengenalan diri yang merangkumi latar belakang kami, analogi diri, kisah
yang menjadi titik tolak dalam hidup serta visi dan misi. Kami diberikan tempoh
seminggu untuk menyiapkan tugasan ini sebelum dibentangkan di dalam kelas. Pada
mulanya terasa sungguh gementar untuk menyiapkan video ini kerana saya belum
pernah melakukan tugasan seperti ini. setelah melakukan beberapa kali percubaan
merakam, rasa gementar dan gelisah itu semakin berkurangan. Akhirnya, Alhamdulillah
saya dapat menyiapkan tugasan pertama ini dan dipersembahkan di dalam kelas. Saya diberi
sedikit pendapat daripada guru tentang keyakinan diri, pemakaian dan kelontaran
suara saya sewaktu berucap. Beberapa orang rakan juga telah menyatakan komen
mereka tentang perucapan saya. Konklusinya, aktiviti pengenalan diri ini telah
banyak memberi motivasi kepada saya supaya menjadi lebih yakin dan berani untuk
berucap di hadapan khalayak ramai.
Aktiviti seterusnya yang ditugaskan ialah pembuatan video
kemasyarakatan. Kami diberi masa selama 3 minggu untuk menyiapkan video yang
berdurasi antara 4 hingga minit. Kami satu
kelas telah membuat perbincangan dan membahagikan tugas masing-masing. Kami telah
bersepakat untuk menyiapkan sebuah video yang bertajuk “SELFISH KAH AKU ?”. Saya
telah ditugaskan untuk menulis skrip dan jalan cerita. Saya mempunyai sedikit
kekangan untuk menulis skrip kerana baru pertama sekali berjinak dalam
pembuatan video pendek. Saya juga dibantu oleh rakan-rakan lain untuk
melengkapkan jalan cerita yang akan dilakonkan bagi menyiapkan tugasan ini. Apa
yang saya dapat simpulkan daripada aktiviti ini ialah kerjasama untuk
menyiapkan tugas masing-masing dan watak yang akan dilakonkan.
Selepas rakaman video tersebut siap, kami diminta untuk membuat majlis
pelancaran berkaitan video kempen tersebut. Kami telah mengadakan perjumpaan
untuk membincangkan majlis yang akan dilaksanakan. Kami telah membahagikan
tugas masing-masing agar majlis tersebut berjalan dengan lancar. Alhamdulillah,
kami berjaya melaksanakan tugasan kali ini dengan jayanya dan mendapat pujian
dari guru dinamika kerana kami telah mengadakan majlis dengan lancar tanpa
sebarang gangguan.
Tugasan terakhir yang diberikan ialah perucapan awam. Kami dikehendaki
memberi perucapan tentang tips pembangunan diri. Kami diberi masa 5 hingga 7
minit untuk beucap dengan berbantukan bahan seperti slide. Kami perlulah
berucap menggunakan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Tajuk yang dipilih
oleh saya ialah “Tips Pengurusan Masa Dengan Bijak”. Saya agak gementar untuk
berucap di hadapan kelas kerana jarang diberikan tugas seperti ini. Tetapi saya
dapat menyiapkan tugasan ini. guru dinamika telah memberi sedikit komen tentang
perucapan saya dari aspek hubungan dengan penonton, memek muka dan gaya serta
berharap agar saya lebih berkeyakinan untuk bercakap di khalayak ramai pada
masa akan datang. Melalui tugasan ini, saya dapat belajar untuk bercakap di
khalayak dan akan memperbaiki kelemahan yang ditegur oleh guru dinamika dan
rakan-rakan sekelas.
Kesimpulan daripada semua aktiviti
yang telah saya lalukan di atas sepanjang menjalani kehidupan sebagai seorang
pelajar, saya mendapat pengalaman yang sangat berguna dan akan saya ingati
selamanya. Selain itu, melalui semua aktiviti itu, saya telah menerima banyak
kebaikan serta keburukan untuk saya memotivasikan diri di masa hadapan. Saya
juga merasakan bahawa saya telah menjadi seorang insan yang lebih bijak
menghargai sesuatu dan bersikap lebih berdisiplin berbanding diri saya yang
lama.
done..teruskan menulis
ReplyDelete